Sunday, October 23, 2016

SKEMA SISTEM BAHASA SEMINAR LKC


SOALAN dan SKEMA                                  Koleksi PdP   LKC
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan


JOHOR (ms1)

a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mereka-reka
(ii) menjadi-jadi
(iii) merayu-rayu
(iii) berapi-api
(iv) bersakit-sakit
(v) beransur-ansur
[6 markah]

(i) mereka-reka - menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik/ mencari akal (daya , upaya, ikhtiar)
(ii) menjadi-jadi - bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras dll)
(iii) merayu-rayu - memikat hati, memujuk/memajukan permohonan( dengan bersungguh-sungguh)
(iii) berapi-api - merah menyala (mata) kerana terlalu marah/
(dgn) berkobar-kobar/ (dgn) bersemangat
(iv) bersakit-sakit - berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu)/
bersusah payah / menderita kesusahan (kesukaran hidup, kesulitan)
(iv) beransur-ansur - sedikit demi sedikit (melakukan sesuaatu atau berlakunya sesuatu)/ sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan

b)
Tukarkan ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Beberapa hari yang lalu Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada seorang lelaki.,
(ii) Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, belum pernah terdetik di hati Linda untuk meninggalkan kerjayanya sekarang
(iii) Bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang, pasangan anak beranak itu berlatih dengan bersungguh-sungguh.
[6 markah]

(i) Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada seorang lelaki beberapa hari yang lalu
(ii) Belum pernah terdetik di hati Linda untuk meninggalkan kerjayanya sekarang walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah.
(iii) Pasangan anak beranak itu berlatih dengan bersungguh-sungguh bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang,

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Tenaga hidro ialah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya kerana mewakili 19 peratus daripada keseluruhan penjanaan tenaga eletrik.
(ii) Pencuri motorsikal akan meleraikan bahagian-bahagiannya sebelum dijual kepada pihak lain yang bersubahat dengan kegiatan mereka yang bersalahan undang-undang itu.
(iii) Tanaman buah-buahan yang diusahakan itu dapat mengimbang rutin harian beliau sebagai penulis lagi pun kegiatan itu memberikan kepuasan kepadanya.
[6 markah]

Kesalahan ejaan
(i) eletrik - elektrik
(ii)motorsikal - motosikal
(iii)lagi pun - lagipun

Kesalahan imbuhan
(i) meluas - luas
(ii) bersalahan - menyalahi
(iii) mengimbang - mengimbangi.

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun.
(ii) Lukisan yang paling cantik sekali dalam pameran itu memikat perhatian para pencinta seni tanah air.
(iii) Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Johor membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Johor dengan pasukan Kelantan yang berlangsung pada malam semalam.
[6 markah]

Salah kata/istilah Salah tatabahasa
(i) tergendala - terbengkalai lima setengah tahun - lima tahun setengah
(ii) memikat - menarik paling cantik sekali - paling cantik/cantik sekali
(iii) pertandingan - perlawanan Beribu - Beribu-ribu

e)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.


(i) Ibu bapa berperanan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anaknya. Hal ini disebabkan, semua perlakuan dan sikap anak-anak ditiru daan diambil daripada ibu bapa mereka. Jika ibu bapa seorang pemuzik, tidak mustahil anak mereka juga berkecenderungan menjadi ahli muzik.
(ii) Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar kian luntur. Hal ini demikian kerana masing-masing sibuk bekerja dan membuat hal masing-masing. Mereka juga bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan hal masyarakat di sekeliling.
(iii) Ali yang telah dituduh mencuri dompet rakan sekelasnya berjumpa dengan guru disiplin untuk memberitahu bahawa bukan dia yang mencuri sebaliknya dia telah dianiaya.
[6 markah]

Jawpan
bagaimana acuan begitulah kuihnya
(ii) seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
(iii) berani kerana benar, takut kerana salah



NEGERI KEDAH  (ms2)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan


a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
duduk

ii.
duduk-duduk

iii.
terduduk

iv.
menduduki

v.
penduduk

vi.
Kedudukan



i)       duduk  -    beristirahat di atas punggung / tempat letaknya / tinggal (diam / menetap)
ii)      duduk-duduk -    berehat-rehat sambil mengambil angin
iii)     terduduk -   terjatuh duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja
iv)     penduduk         -   orang yang menetap di sesuatu daerah
v)      menduduki   -   mengambil tempat duduk / mendiami / menakluki / mengambil (mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian
 vi)    kedudukan  -  tempat tinggal / tempat letaknya / keadaan atau selok-belok
            sesuatu perkara  / tingkatan taraf (martabat, darjat)

b)
Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak apabila bot mereka karam dipukul ombak besar ketika menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah.  Setelah hampir sembilan jam terapung-apung di tengah laut,  akhirnya mereka diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Indonesia yang melalui perairan itu.


 [6 markah]
(i)       Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak.
(ii)      Bot mereka karam dipukul ombak besar.
(iii)     Mereka menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah,  
          Langkawi, Kedah
(iv)     Hampir sembilan jam mereka terapung-apung di tengah laut
(v)      Mereka diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dari Indonesia.
(vi)     Sebuah kapal dagang Indonesia melalui perairan itu.

c)
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.   Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Fenomena ombak besar sunami yang kali pertama berlaku dalam sejarah negara berikutan bergegar gempa bumi dasar laut yang berpusat di utara Sumatera pada 20 Disember 2004 memberikan pengajaran besar kepada kita yang selama ini teranggap bahawa Malaysia terselamat daripada mala petaka seumpama itu.  Tidak ada sesiapa pun yang wajar dipersalahkan berikutan trajedi yang telah meragut lebih 60 nyawa dan kemusnahan besar di negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia kerana sememangnya kita belum bersedia hadapi bencana sedemikian rupa.


 [6 markah]
         sunami        -              tsunami 
         bergegar        -           gegaran

         teranggap       -           beranggapan / menganggap
 mala petaka           -              malapetaka

         trajedi                     -   tragedi
hadapi                  -   menghadapi

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Salmiza telah menghiris ikan merah untuk dimasak oleh saya bersama-sama rakan tengah hari ini.

ii.
Setiap pagi Danial Iskandar pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi dengan menumpang motosikal ayahnya.

iii.
Koperal itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialami sebaliknya mengejar terus peragut itu.



 (i)           menghiris                                          –             menyiang / memotong
               dimasak oleh saya                           –             saya masak

(ii)           pada pukul tujuh pagi       –            pada pukul tujuh
           menumpang                                          –            membonceng / menunggang

(iii)      mengindahkan                       –            mengendahkan
           mengejar terus                       –            terus mengejar

e)
Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya  dengan peribahasa di bawah.

i.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

ii.
Air dicencang tidak akan putus

iii.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit


[6 markah]


(i)        alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (X)/
 alang-alang mandi biar basah / alang-alang berdakwat biar hitam /
           alang-alang berminyak biar sampai licin
(ii)       carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(iii)      sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

NEGERI KELANTAN (ms3)









































NEGERI MELAKA  (ms 4)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan


a)
Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
hancur

ii.
condong

iii.
segar


[6 markah]


i.                   
b)
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.


i.
Universiti Malaya merupakan pusat pengajian tinggi yang telah banyak melahirkan tokoh berwibawa.

ii.
Kemalangan jalan raya itu bukan berlaku pada hari ini tetapi semalam.

iii.
Empangan Timah Tasuh sebuah tasik buatan yang terletak di Perlis.


 [6 markah]


i.                  Universiti Malaya merupakan pusat pengajian tinggi
Universiti ini telah banyak melahirkan tokoh berwibawa
ii.                Kemalanganjalan raya itu bukan berlaku pada hari ini.
Kemalangan jalan raya itu berlaku semalam
iii.               Empangan Timah Tasuh sebuah tasik buatan
Empangan ini terletak di Perlis

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Cikgu Hasroni meminta murid-muridnya supaya memberikan definasi yang tepat tentang konsep teknologi hijau dalam penghidupan pada hari ini.

ii.
Filem Seniman Bujang Lapuk telah mempopularkan nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan beberapa pelakun yang berzaman dengan beliau.

iii.
Bidang pelancongan di Malaysia mampu dimajukan memandang prospetnya yang besar pada peringkat antarabangsa.



i.                  Definasi – definisi               penghidupan – kehidupan
ii.                Pelakun – pelakon              berzaman – sezaman
iii.               Prospetnya – prospeknya           Memandang – memandangkan   
   
d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.   Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Balai rawatan itu dibuka di setiap hari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dikendalikan oleh tiga orang doktor.

ii.
Pengemis yang berpakaian kusut-masai itu tidur di bawah pokok dengan beralaskan surat khabar.

iii.
Penjenayah warga asing itu saling berbalas-balas tembakan dengan pihak polis selepas kereta yang dipandu oleh mereka tergelincir di Lebuh Raya Utara-Selatan.


[6 markah]


i.                  Balai  -  pusat                  di setiap – pada setiap
ii.                Kusut-masai – compang-camping         dengan beralaskan – beralaskan
iii.               Saling berbalas-balas – saling berbalas               tergelincir – terbabas


e)
Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

i.
Ibarat telur sesangkak,  pecah sebiji, pecah semuanya

ii.
Batu penghalang

iii.
Tak lapuk dek hujan,  tak lekang dek panas


[6 markah]


i.                  Perpecahan dalam kalangan masyarakat boleh menjejaskan perpaduan negara,  ibarat telur sesangkak,  pecah sebiji, pecah semuanya.
ii.                Aku tidak akan menjadikan kecacatanku sebagai batu penghalang untukku berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
iii.               Peribahasa Melayu ialah warisan daripada nenek moyang dahulu yang tak lapuk dek hujan,  tak lekang dek panas.

 MRSM  (ms4)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
lasykar

ii.
bahtera

iii.
masyghul

iv.
makam

v.
gering

vi.
singgahsana


[6 markah]


ii.                Lasykar – askar serdadu
iii.               Bahtera – kapal besar
iv.               Masyghul – berasa dukacita kerana sesuatu,  susah hati,  murung,  sedih,  kesal hati,  sebal hati
v.                Makam – kubur (digunkan untuk orang yang dihormati seperti nabi, para wali, keluarga diraja dll)
vi.               Gering – sakit, uzur
vii.              Singgahsana – kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam), takhta

b)
Kenal pasti jenis  ayat-ayat di bawah.  Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat aktif transitif atauayat aktif tak transitif.


i.
Haji Ismail berserban setiap kali keluar rumah.

ii.
Siti Sarah menjeling manja ke arah kami apabila namanya dipanggil.

iii.
Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda.

iv.
Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa krisis peperangan di Palestin.

v.
Puan Mariam menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumahnya pada setiap petang.

vi.
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.


 [6 markah]


iv.               Ayat aktif tak transitif
v.                Ayat aktif tak transitif
vi.               Ayat aktif transitif
vii.              Ayat aktif transitif
viii.            Ayat aktif transitif
ix.               Ayat aktif tak transitif

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Pihak pengurusan pasar borong terbesar itu memperkenalkan tiket pra-bayar untuk kemudahan pengunjung meletakan kenderaan di premis tersebut.

ii.
Langkah kerajaan menurunkan tarif lektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan mengurangi kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara.

iii.
Hubungan antara bangsa yang dijalin erat membolehkan Malaysia dikenali seluruh dunia hasil kerjasama antara pemimpin dengan rakyat.


 [6 markah]


i.                  pra-bayar    -   prabayar
meletakan  -  meletakkan
ii.                letrik – elektrik
memperkukuhkan  -  memperkukuh
iii.               antara bangsa   -   antarabangsa
dijalin   -  terjalin
d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.   Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Pasukan badminton negara telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan badminton di peringkat dunia selama dua tahun berulang-ulang.

ii.
Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan golongan para petani.

iii.
Rambut Malik dikerat oleh guru disiplin kerana teramat panjang sangat walaupun telah diberi amaran.


[6 markah]


i.                  Di   -   pada  (tatabahasa)  ,   
berulang-ulang    -    berturut-turut  (kata/ istilah)
ii.                Komuniti   -  komoditi  (kata / istilah)      
golongan para  -  golongan / para  (tatabahasa)
iii.               Dikerat   -   dipotong / digunting/ (kata/ istilah  
Teramat panjang sangat  -   teramat panjang / panjang sangat  (tatabahasa)

e)
Isi tempat kososng di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.


Sekolah merupakan tempat yang mampu melahirkan modal insan yang akan membangunkan negara.  Oleh itu,  para pendidik dan pelajar haruslah menjalinkan hubungan yang erat dan bekerjasama ........................................................ agar matlamat itu menjadi realiti.  Selain itu,  warga sekolah haruslah berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan yang cemerlang kerana ..........................................   Namun demikian,  setelah menempa kejayaan para pelajar juga janganlah menjadi ....................................... kerana kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa jasa dan sumbangan guru.


[6 markah]


a)      Bagai aur dengan tebing / bulat air kerana pembetung bulat  manusia/ kata  kerana muafakat
b)      Di mana ada kemahuan di situ ada jalan / rajin dan usaha tangga kejayaan / kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
c)      Seperti kacang lupakan kulit / seperti ulat lupakan daun





NEGERI PERAK 
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
media sosial

ii.
litar pintas

iii.
masyarakat majmuk

iv.
derma kilat

v.
pakar bedah

vi.
bencana alam


[6 markah]


(i) media sosial
                               -             Para remaja diingatkan agar tidak menggunakan media sosial untuk                                                  perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

                (ii) litar pintas
-              Kebakaran yang berlaku di rumah Pak Maun pada malam tadi berpunca                                         daripada masalah litar pintas.

                (iii) masyarakat majmuk
-              Masyarakat majmuk di Malaysia dapat hidup aman dan harmoni kerana                                        mereka mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu                                      sama lain.

                (iv) derma kilat
-              Satu kutipan derma kilat telah dilancarkan bagi membantu mangsa banjir                                     di Kelantan.
              
               (v)  pakar bedah
-              Azila bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah jantung setelah                                             menamatkan pengajian kedoktorannya.

                (vi) bencana alam
-              Bencana alam yang berlaku pada hari ini adalah kerana sikap endah tak                                         endah manusia terhadap alam sekitar.

b)
Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata
tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat
ayat yang diberikan.


i.
Mereka memancing ikan pagi tadi.

ii.
Encik Rosly bendahari PIBG di sekolah itu.

iii.
Murid itu dipuji kerana rajin membaca buku.

iv.
Pameran robotik itu akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan.

v.
Jentuai digunakan untuk menuai padi.

vi.
Rakyat negara kita dapat hidup harmoni melalui perpaduan.


 [6 markah]


(i)            Bilakah mereka memancing ikan?
               (ii)           Siapakah bendahari PIBG di sekolah itu?
               (iii)          Mengapakah murid itu dipuji?
               (iv)          Di manakah pameran robotik itu akan diadakan?
                (v)          Apakah alat yang digunakan untuk menuai padi?
               (vi)          Bagaimanakah rakyat negara kita dapat hidup harmoni?

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Data kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu saya catit sebelum laporan perincian dibuat.

ii.
Penanaman nenas secara besar-besaran memberikan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha yang berani menceburkan bidang pertanian komersial.

iii.
Penduduk di kawasan pedalaman itu berpegang teguh pada mempercayai nenek moyang bagi memastikan jatidiri mereka sentiasa terpelihara.


 [6 markah]


      Kesalahan ejaan:                                                                      Kesalahan imbuhan:
     (i) catit                            -              catat                                    (i)   perincian      -     terperinci
    (ii) nenas                         -              nanas                                   (ii)  menceburkan -    menceburi
   (iii) jatidiri                        -              jati diri                             (iii)  mempercayai   -  kepercayaan       


d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.   Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh segala cabaran agar berjaya di masa depan.

ii.
Kebanjiran pendatang-pendatang asing yang meningkat secara mengejut dari hari ke hari menjadi satu masalah kepada negara.

iii.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Indah akan membincangkan tentang  masalah kemerosotan keputusan peperiksaan yang dihebohkan baru-baru ini oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.


[6 markah]


      Kesalahan penggunaan kata:                                  
     (i)   merempuh              -             menempuh         
     (ii)  mengejut  -             mendadak                                                                                      
    (iii)  dihebohkan             -             diumumkan        

     Kesalahan tatabahasa:
     (i)    di                                                                          -              pada
     (ii)       pendatang-pendatang                                    -              pendatang
     (iii)  membincangkan tentang masalah    -              membincangkan masalah

e)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang  menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.


i.
Jika rakyat bersatu hati, negara akan menjadi kuat dan berlaku sebaliknya jika rakyat berpecah belah.

ii.
Usaha untuk membendung gejala lumba haram itu menemukan kegagalan kerana usaha itu tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

iii.
Kita hendaklah menghargai masa kerana masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.


[6 markah]


      (i)      Bersatu teguh bercerai roboh                                                                                                      
     (ii)  Bagai melepaskan batok di tangga / hangat-hangat tahi ayam                         
(iii)   Masa itu emas                         

NEGERI PULAU PINANG  
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


i.
bidang - sidang

ii.
tetas - tebas

iii.
kerat - kelat


[6 markah]


(i) bidang - permukaan yg datar (batasnya tertentu)
- ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll)
- lebar/susuk dada
- ukuran panjang (kira-kira lima hasta)
- penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb)
- kegiatan yg diceburi, lapangan
- bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu
sidang - seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat,
dll) sekalian anggota
- sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak)
- ketua kampung.
- berhenti (hujan dll), reda;
- berkurang (sakit dll), beransur pulih.

(ii) tetas - memotong (membelah dll) supaya terbuka,
meretas
- keluar drpd telur
- pecah dan terbuka kulitnya (telur yg sudah diram)

tebas - sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok
kecil)
- memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai

(iii) kerat - bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal
- bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras.
- sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir

kelat - rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang),
rasa sepat
- tali utk menarik layar kapal atau utk menumbangkan pokok yg ditebang
- sj gelang yg dipakai di pangkal lengan
- lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu mengantuk)
- sj tumbuhan (pokok)

b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i.
Kerajaan perlu mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun.

ii.
Ribut yang kuat telah memusnahkan semua rumah yang terletak berdekatan dengan pantai itu semalam.

iii.
Saya telah meminjam buku-buku di atas meja itu daripada perpustakaan sekolah.


 [6 markah]


(i) Generasi muda perlu dididik oleh kerajaan dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun.
(ii) Semua rumah yang terletak berdekatan dengan pantai itu dimusnahkan oleh
ribut yang kuat semalam.
(iii) Buku-buku di atas meja itu telah saya pinjam daripada perpustakaan sekolah.

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Walaupun Mariah seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

ii.
Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar.

iii.
Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.


 (i) berkerja - bekerja                  bihun - mihun
(ii) menenggelami - menenggelamkan          perabut - perabot
(iii) ke 3 - ke-3                           diada – diadakan

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.   Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara telah meningkat dalam kadar yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.

ii.
Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.

iii.
Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam masa satu setengah jam lagi.


[6 markah]


(i) Seiras - Selaras               paling tinggi sekali - paling tinggi/tinggi sekali
(ii) beliau - baginda            di dalam - dalam
(iii) berhenti - mendarat       satu setengah jam - satu jam setengah

e)
Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut.

i.
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya.

ii.
Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama.

iii.
Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil.


[6 markah]


(i) kerana nila setitik rosak susu sebelanga / seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.
(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
(ii) Melentur buluh biarlah daripada rebungnya


NEGERI SARAWAK  [ms 7]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan


a)
Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
Berhak

ii.
Persamaan hak

iii.
Hak Asasi

iv.
Tuntutan hak

v.
Menjadi hak

vi.
Hak cipta terpelihara


[6 markah]


i.                  mempunyai hak atas sesuatu: Dia berhak mewarisi harta peninggalan bapanya yang telah meninggal dunia pada tahun lepas.
ii.                Mempunyai hak yang sama : Kumpulan yang diketua oleh Pn Salmah berusaha untuk menuntut persamaan hak wanita seperti mana yang dinikmati oleh kaum lelaki.
iii.               Hak asasi - hak yg dasar atau yg pokok spt bebas beragama, bebas mengeluarkan pendapat. :  Setiap kaum mempunyai hak asasi yang perlu dilindungi agar wujud persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum di Negara ini.
iv.               Tuntutan hak – Mahkamah yang sedang bersidang itu sedang membincangkan tuntutan hak  Encik Long terhadap  rumahnya yang telah dirampas.
v.                Tanah pusaka itu telah menjadi hak Puan Halimah dan anak-anaknya.
vi.               Kita perlu menghormati hak cipta terpelihara penulis dengan cara tidak memplagiat/ menciplak  hasil karya mereka.

b)
Catat serta namakan Kata Ganti Nama Diri Orang yang terdapat dalam ayat di bawah

i.
Adik awak menangis kerana lampinnya basah.

ii.
Mereka ternanti-nanti bilakah keputusan SPM akan diumumkan.

iii.
“Dimanakah hendak diletakkan buku Sains Kesihatan ini?” tanya kakak berkali-kali

iv.
Kalian perlu berbaris apabila membeli makanan di kantin

v.
Ikan yang digoreng oleh ibunya sangat enak dimakan dengan sambal tumis.

vi.
“Beta mahu istana lama itu diuruskan dengan baik,” titah Sultan kepada Bentara Melaka.


[6 markah]


i.                  Awak – KGND orang pertama          nya – KGND orang ketiga
ii.                Mereka – KGND orang ketiga
iii.               Kakak – kata ganti nama orang ketiga
iv.               Kalian – kata ganti nama diri kedua
v.                Nya – kata ganti nama diri orang ketiga
vi.               Beta – kata ganti nama diri orang pertama

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Buku cendera mata itu perlu ditandatangani oleh tetamu yang mengunjungi ke rumah kebajikan itu.

ii.
Latif tidak menggunakan laluan zebbra tetapi menggunakan laluan kereta apabila melintas jalan kerana dia tidak tahu bahawa laluan itu amat berbahaya kepada perjalan kaki.

iii.
Dia dinasihat agar mengambil cuti rehat kerana kesihatannya amat merosot dua-tiga hari ini.


 [6 markah]
i.                  Cendera mata  - cenderamata                 mengunjungi – berkunjung
ii.                Zebbra – zebra                  perjalan – pejalan
iii.               Dinasihat – dinasihati    dua-tiga  -  dua tiga

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Ibu mengaul tepung supaya dijadikan pastri karipap lapisnya.

ii.
Karangan yang paling molek dibaca oleh saya agar dapat dijadikan contoh oleh para pelajar.

iii.
Dasar Nasionalis Negara perlu dihayati oleh setiap anggota ahli masyarakat.


[6 markah]


i.                  Mengaul – menguli                                 supaya –untuk
ii.                Dibaca oleh saya – saya baca               molek – baik
iii.               Anggota ahli – anggota                          nasionalis - nasionalisme  
         
e)
Bina satu ayat daripada peribahasa di bawah ini.


i.
Kaki ayam

ii.
Tidur-tidur ayam

iii.
Ayam tambatan


[6 markah]
i.                  Pelajar lelaki itu
ii.                Pak mat hanya tidur-tidur ayam sementara menunggu kepulangan anak lelakinya dari masjid.
iii.               Murad menjadi ayam tambatan dalam pasukan bola sepak di kampungnya.


SBP   [ms 7-8]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
meleret mengheret

ii.
perantau pemantau

iii.
pembakuan pembekuan


[6 markah]


        i.          Meleret: panjang sungguh (tali kain dll), labuh sangat (pakaian), berpanjang-panjangan (perbualan, cerita dll), berjangkit-jangkit, memanjang/melebar (senyuman).
Mengheret: menarik (dengan paksa), menghela (dengan  kuat), menyeret, membawa  seseorang  ke sesuatu  tempat, memikat hati orang (untuk mendapatkan harta benda dll), memperdaya/menipu
      ii.          Perantau: pengembara, orang asing, kelana, orang yang pergi ke negeri lain, orang yang mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang)
Pemantau: orang/pihak yang  memantau  sesuatu, alat untuk  memantau
     iii.          Pembakuan:  usaha (tindakan, proses) membakukan (menstandardkan) cth bahasa, ejaan dll
Pembekuan: perihal/perbuatan membeku(kan) cth air

b)
Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat laranganayat permintaanayat suruhan, atauayat silaan.

i.
Jangan pijak rumput di kawasan itu.

ii.
Simpan wang demi masa depan kalian.

iii.
Hantar kerja rumah yang telah disiapkan kepada cikgu esok.

iv.
Minta semua pelajar berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.

v.
Sila basuh tangan anda bersih-bersih sebelum menjamah makanan.

vi.
Tolong bersihkan kelas masing-masing sebelum kelas bermula pada setiap hari.


 [6 markah]


i)        ayat larangan
 ii)       ayat suruhan
iii)      ayat suruhan
 iv)      ayat permintaan
 v)       ayat silaan
vi)      ayat permintaan 

 
c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Projek keretapi laju itu merupakan suatu usaha pihak kerajaan untuk memperkasa sektor pengangkutan negara kita supaya setanding dengan negara maju.


ii.
Semua kegiatan ko-kurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun itu telah dipamer di ruang legar bangunan Galeri Sejarah untuk tatapan umum.

iii.
Di perkarangan rumahnya, Pak Cik Jamal telah membuka gerai yang menjual pelbagai jenis makanan termasuk sate, mee goreng, dan martabak untuk menambah hasil pendapatan.


 [6 markah]
(i) keretapi = kereta api                                           memperkasa = memperkasakan
(ii) ko-kurikulum = kokurikulum                           dipamer = dipamerkan
(iii) perkarangan = pekarangan                         mee = mi

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu.

ii.
Ketika tangkapan dilakukan, pemilik siber kafe itu mendakwa bahawa dia tidak tahu-menahu tentang kegiatan judi haram yang dilakukan oleh pelanggannya.

iii.
Semua peserta pertandingan yang menepati syarat penyertaan telah dimaklumkan yang mereka perlu membuat bayaran pendaftaran secara dalam talian secepat mungkin.


[6 markah]


(i) tidak cuai  = bukan cuai,                                       sifat = sikap  
(ii) tangkapan = serbuan                                           siber kafe  = kafe siber
(iii) menepati =  memenuhi                                      yang   =   bahawa



e)
Bagi setiap peribahasa di bawah, namakan satu peribahasa lain yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa tersebut.


i.
Alang-alang mandi biar basah

ii.
Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

iii.
Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit


[6 markah]


(i) Alang-alang mandi biar basah = alang-alang berdakwat biar hitam/alang-alang  berminyak biar licin  
Nota: alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (X)  
(ii) Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah = kalau tiada angin masakan pohon bergoyang
(iii) Seekor  kerbau  membawa  lumpur  semuanya  terpalit  =  kerana  nila  setitik rosak  susu  sebelanga

 NEGERI SELANGOR [ms 8-9]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan


a)
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan  perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
insentif - intensif

ii.
apresiasi - aspirasi

iii.
kontemporari - globalisasi


[6 markah]


i) insentif = ganjaran/hadiah/bonus
intensif = secara giat/ bersungguh-sungguh
ii) apresiasi - penghargaan /pengiktirafan
aspirasi - cita-cita / impian
iii) kontemporari = terkini / pada masa kini
globalisasi = dunia tanpa sempadan

b)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja aktif transitif dan objek dalam petikan ini.


Kini masyarakat kita semakin melupakan permainan tradisional dengan wujudnya permainan moden. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk mempopularkan permainan tradisional. Kita haruslah menyokong kempen ini agar permainan tradisional tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, pihak sekolah boleh menubuhkan Kelab Permainan Tradisional. Dengan adanya pendedahan awal sedemikian murid-murid akan dapat menyemaikan minat mereka terhadap permainan tradisional. Kerajaan perlu mendirikan sebuah muzium permainan tradisional agar keistimewaan permainan tradisional dapat ditonjolkan.


 [6 markah]


- melupakan = permainan tradisional
- mengadakan = pelbagai kempen
- mempopularkan = permainan tradisional
- menyokong = kempen ini
- menubuhkan = Kelab Permainan Tradisional
- menyemaikan = minat mereka
- mendirikan = sebuah muzium

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Orang ramai kunjungi tempat-tempat rekriasi pada hari cuti untuk menikmati
suasananya yang tenang dan damai.

ii.
Golongan muda yang mengemari makanan ringan dan makanan segera perlu mengubah tabiat tersebut untuk melahirkan generasi yang sihat dan berdayasaing.

iii.
Demi memastikan keselesaan rakyat terutama penduduk di kawasan luar bandar, pihak kerajaan telah menyedia pelbagai insfrastruktur untuk kemudahan penduduk.


 [6 markah]
i) rekriasi = rekreasi
kunjungi = mengunjungi
ii) berdayasaing = berdaya saing
mengemari = menggemari
iii) insfrastruktur = infrastruktur
menyedia = menyediakan

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Amira terpaksa memansuhkan hasratnya bagi melancong ke Pulau Langkawi
kerana keadaan kesihatan ayahnya yang kurang baik.


ii.
Pengarah syarikat itu akan memikirkan lain-lain cadangan yang dikemukakan oleh pembantunya sebelum membuat kehendak tentang perkara tersebut.

iii.
Pengalaman dan kenangan yang terpaling indah ketika menyertai program khidmat masyarakat itu tidak akan diluputkan oleh Najwa.


[6 markah]


i) memansuhkan = melupakan/membatalkan
bagi = untuk
ii) kehendak = keputusan
lain-lain cadangan = cadangan-cadangan lain
iii) diluputkan = dilupakan
terpaling indah = paling indah/ terindah

e)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

i.
Sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga

ii.
Berdamai dan melupakan perselisihan yang telah berlaku.

iii.
Kalah atau menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yang berlainan, iaitu sama-
sama menanggung rugi.


[6 markah]


i) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit.
ii) Buang yang keruh, ambil yang jernih
iii) Kalah jadi abu, menang jadi arang.




PERCUBAAN SPM 2  [ms  ]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
alas

ii.
alis

iii.
alur

iv.
waja

v.
wajah

vi.
wajar


[6 markah]



b)
Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.  Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata,  ayat tanya,  ayat seruan atau ayat perintah.


i.
Humairah dan Shafiqah mewakili sekolah dalam pertandingan forum remaja.

ii.
Siapakah yang telah membuang air di sini?

iii.
“Jangan melintasi bangunan tersebut kerana peperiksaan sedang berjalan,” kata Cik Rokiah kepada semua anak muridnya.

iv.
Wah,  cantiknya awak hari ini!  Pasti ada lelaki yang akan terpikat nanti.

v.
Rumah banglo itu milik Encik Salleh.

vi.
“Sila keluar dari bilik ini sekarang juga.”  Kata Azua kepada pekerjanya.


 [6 markah]


i.                  Ayat penyata
ii.                Ayat tanya
iii.               Ayat perintah
iv.               Ayat seruan
v.                Ayat penyata
vi.               Ayat perintah

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga  kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda  tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Sebahagian besar rakyat Malaysia yakin bahawa negara berada atas landasan yang betul untuk merealisasikan Wawasan 2020.  Untuk mengukuhkan keyakinan ini sepatutnya satu kajian yang melibatkan penduduk berbagai-bagai kaum wajar dilaksanakan.  Responden kajian pula hendaklah mengkategorikan mengikut kelompok,  daerah,  komposisi kaum,  lokasi,  umor dan jantina.  Pendapat kajian tersebut akan menjadikan bukti tentang harapan sebenar rakyat terhadap halatuju negara pada masa depan.  Kajian tersebut akan menjadi eveden bahawa kerajaan telah membuat andaian tentang hasrat sebenar rakyat terhadap masa depan mereka.


 [6 markah]
Ejaan                                                                             imbuhan
i.                  Umor – umur                                               pendapat  - dapatan
ii.                Halatuju – hala tuju                                   mengkategorikan - dikategorikan
iii.               Eveden – eviden                                        yakin – meyakini

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau,  Sabah mendapat liputan luas dari media massa.

ii.
Penggunaan moto halal palsu oleh sesetengah peniaga makanan masih berleluasa bahkan mereka tahu perbuatan itu melanggar peraturan.

iii.
“Cikgu Fatimah dan Cikgu Zainab akan berehat dalam dunia pendidikan pada tahun ini.” Kata Nizam pada Mohamad.


[6 markah]


i.                  Luas - meluas                                   Dari - daripada
ii.                Moto – logo                                      bahkan – walaupun
iii.               Dalam – dari                                     pada  - kepada

e)
Nyatakan maksud peribahasa di bawah.

i.
Tulang belakang

ii.
Melepaskan batuk di tangga

iii.
Masuk kandang kambing mengembek,  masuk kandang kerbau menguak.


[6 markah]


i.                  Orang kuat
ii.                Membuat kerja secara sambalewa
iii.               Menyesuaikan diri dengan persekitaran realiti / di sesuatu tempat

YIK  [ms   ]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
Bergopoh-gapah

ii.
Hentam-menghentam

iii.
Kekanak-kanakan

iv.
Kepura-puraan

v.
Sekonyong-konyong

vi.
Timang-timangan


[6 markah]



b)
Baca petikan di bawah dengan teliti,  kemudian nyatakan golongan kata bagi setiap kata yang bergaris dalam ayat di bawah sama ada kata nama,  kata kerja,  kata adjektif atau kata tugas.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


Beberapa batang pokok telah tumbang kelmarin berikutan angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan Tanah Tinggi Cameron.   Sepuluh buah rumah juga telah dihanyutkan air sungai yang deras.  Sebuah jambatan pendek yang baru dibina di kawasan ladang teh turut roboh.


 [6 markah]


Beberapa – kata nama
Pokok – kata nama
Tumbang – kata kerja
Juga – kata tugas
Pendek – kata sifat
Ladang – kata nama

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga  kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda  tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.                  Pemilik tanah yang tidak pembayaran cukai dalam tempoh tertentu akan menjadi hakmilik kerajaan sepenuhnya.
ii.                Malaysia akan menghantar deligasi ke Jepun dalam persidangan antarabangsa untuk berbincang isu pemanasan global.
iii.               Kolestrol yang banyak mempunyai impak yang buruk pada sistem edaran darah di dalam tubuh manusia.


 [6 markah]
i.                  Pembayaran – membayar    hakmilik – hak milik
ii.                Deligasi – delegasi      Berbincang – membincangkan
iii.               Kolestrol – kolesterol      edaran – peredaran

d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Pengetua mengucapkan tahniah  di atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh Suryani dalam perbahasan pidato peringkat kebangsaan.

ii.
Oleh kerana kelonggaran undang-undang dan kurangnya pemeriksaan oleh pihak berkuasa maka kemalangan maut di kawasan lebuh raya semakin kerap berlaku.

iii.
Pihak berkuasa perlu mengeluarkan senarai barang-barang yang tidak boleh dijual di koperasi sekolah agar tidak mengubah kesihatan murid.


[6 markah]


i.                  Di atas – atas               perbahasan – pertandingan
ii.                Oleh kerana – oleh sebab                       pemeriksaan – penguatkuasaan
iii.               Senarai barang-barang – senarai barang               mengubah – menjejaskan / menggugat
iv.                                           
e)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti,  kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan tersebut.


Haji Dollah telah lama menjalankan perniagaan makanan di Kampung Bunut.  Dia telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur.  Perniagaanya sangat maju kerana sejak akhir-akhir ini dia telah mendapat  keuntungan yang banyak hingga kehidupannya menjadi senang.  Setelah beberapa tahun,  sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai kontraktor binaan bangunan.  Tetapi malangnya,  syarikat miliknya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan diisytiharkan muflis menyebabkan dia menjadi miskin.


[6 markah]


Untung sabut timbul,   untung batu tenggelam
durian runtuh
Durian runtuhyang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran




NEGERI PERLIS (ms 11)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan

a)
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.
hemah – hemat

ii.
rasmi – resmi

iii.
inspirasi - aspirasi


[6 markah]


(i) hemah - budi pekerti yang mulia
hemat - tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau
menggunakan sesuatu), cermat, jimat
- dengan penuh perhatian, dengan teliti, berhati-hati, beringat-ingat, berjaga-jaga
- pemerhatian, pengamatan
(ii) rasmi - disahkan oleh kerajaan atau yang berkuasa, (yang) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dan lain-lain
resmi - sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat) resam
(iii) inspirasi - ilham atau bisikan hati
aspirasi - keinginan yang kuat (untuk mencapai atau mengadakan sesuatu) cita-cita

b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.


i.
Pihak Bomba dan Penyelamat telah berjaya membawa turun mangsa gempa bumi di Sabah.

ii.
Kami perlu mendengar ceramah motivasi itu selepas waktu rehat.

iii.
Atlet Sukan SEA itu telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara boling.


 [6 markah]


(i) Mangsa gempa bumi di Sabah telah berjaya dibawa turun oleh pihak Bomba dan Penyelamat.

(ii) Selepas waktu rehat perlu kami dengar ceramah motivasi itu.
@
Ceramah motivasi itu perlu kami dengar selepas waktu rehat.
(iii) Pingat emas dalam acara boling telah berjaya dirangkul oleh atlet Sukan SEA itu.

c)
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


i.
Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan semua murid mengambil insuran sebagai pelindungan diri ketika terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

ii.
John berhasrat memperdalami kehidupan masyarakat Malaysia yang unik dan
beranika budaya.

iii.
Sahsiah dan peri laku rakyat yang baik dijadikan nama negara dipandang tinggi
di persada dunia.


 [6 markah]

Jawapan
Insuran – insurans         pelindungan   -   perlindungan
Beranika -   beraneka     memperdalami   -   memperdalam
Peri   laku   -   perilaku     dijadikan  -   menjadikan
d)
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa.   Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.
Sejak dari dahulu lagi, kawasan tanah tinggi itu akan diperhati oleh pihak berkuasa untuk memastikan tidak berlaku tanah runtuh.

ii.
Projek perumahan untuk rakyat termiskin sekali itu menelan duit sebanyak RM 1
bilion.

iii.
Persepakatan dalam masyarakat dapat dijana sekiranya masyarakat saling hormat-
menghormati tanpa mengira bangsa dan agama.


[6 markah]



Salah
betul
i
Sejak dari
diperhati
Sejak / dari
dipantau
ii
Termiskin sekali
duit
Termiskin/ miskin sekali
Kos/ perbelanjaan
iii
Saling hormat-menghormati
dijana
Saling menghormati /hormat-menghormati
Dilahirkan/ dibentuk/diwujudkan






e)
Lengkapkan peribahasa berikut.


i.
Di mana bumi dipijak, ___________________________________________.

ii.
Malu berkayuh perahu hanyut, ____________________________________.

iii.
Ular menyusur akar ______________________________________________.


[6 markah]


(i) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(ii) Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
(iii) Ular menyusur akar tidak akan / takkan hilang bisanya


No comments:

Post a Comment