Saturday, November 28, 2015

Karangan Laman Sosial

Latihan Karangan Cemerlang [LKC]  
PERHATIAN   : Perlu tambah 5UM (ungkapan menarik bukan peribahasa dll) , 7 kata-kata tokoh,  > 10PB, dan >30KKTT lagi.
Setiap perenggan isi MESTI perlu ada AT, AH, AC & AP
Ø Pastikan setiap perenggan isi seimbang (23-25 baris “exam pad”)
Ø Highlight semua UM, PB, KKTT, dan Kata-kata tokoh
Ø Senaraikan maksud PB dan KKTT
Ø  Selepas siap, sila semak ejaan dan tatabahasa.  Seterusnya e-mel kepada Cikgu LKC.

Buat 2 tajuk karangan di bawah ini: 
Tajuk1: Pada masa ini,  penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. 
Jelaskan implikasi negatif penggunaan laman sosial ini  terhadap masyarakat. 

Analisis soalan
LKCJOHANFormat (F)- tiada
Tema (T)- laman sosial
Kehendak soalan (K) –implikasi buruk sahaja

Pada masa ini, Sejajar dengan landasan globalisasi dan liberalisasi yang sedang mewarnai macarpada, roda pembangunan dan kemajuan bergerak begitu pantas bagai belut diketil ekornya di nusa tercinta kita.// Penggunaan laman sosial melalui internet menjadi amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh masyarakat merupakan antara kelebihannya. Terdapat sesetengah anggota masyarakat di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya hidup masyarakat di Malaysia. (AA) Persoalan yang menerjah minda…….
           
Sebagai lontaran idea dominan, penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

            Selain itu, kesan lain penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuanHal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

            Di samping itu, penggunaan laman sosial juga melahirkan masyarakat yang beku dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi kerja dan pelajaran dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini akan menyebabkan negara kita mengalami ketandusan idea untuk meningkatkan prestasi negara. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman sosial akan melahirkan tenaga kerja yang kurang berkualiti.

LKCJOHAN         Seterusnya, dampak (=kesan) penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

Sudah-sudahnya, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kedaulatan bahasa Melayu akan tercemar ekoran daripada kemunculan bahasa slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat amat membimbangkan cendekiawan bahasa di Malaysia kerana penggunaanya semakin meluas. Penularan bahasa rojak ini akan menghakis keaslian dan nilai-nilai estetika bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa penggunaan teknologi ini boleh mencemarkan kedaulatan bahasa Melayu yang menyebabkan kita seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kesimpulannya, Walhasil, penggunaan laman sosial melalui internet memberikan kesan terhadap corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mengelakkan kesan buruk akibat penggunaannya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Selain itu, masyarakat perlu mempunyai disiplin dan ketahanan diri bagi mengubah corak hidup dengan menggunakan laman sosial itu untuk kegunaan yang baik dan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bagi meningkatkan kecekapan minda masyarakat supaya menjadi minda kelas pertama. Masyarakat juga perlu memastikan penggunaan teknologi ini dapat diseimbangkan tanpa berlaku pengeksploitasian dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Diubahsuaikan daripada karangan Raja Muhammad Hanafi b. Raja Iskandar
6A1 SMKBBST  
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

Tajuk 2: Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia.
Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini terhadap masyarakat.

Analisis soalan
Format (F)- tiada
Tema (T)- laman sosial
Kehendak soalan (K) –implikasi –perlu beri baik dan buruk

Karangan : Kebaikan & Keburukan Laman Sosial
Pendahuluan
       Pada masa ini, Sejajar dengan landasan globalisasi dan liberalisasi yang sedang mewarnai macarpada, roda pembangunan dan kemajuan bergerak begitu pantas bagai belut diketil ekornya di nusa tercinta kita.// Penggunaan laman sosial melalui internet menjadi amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. (AA) Persoalan yang menerjah minda, apakah implikasi positif dan negatif daripada penggunaan laman sosial ini?

Isi Kandungan:
Kebaikan
Isi Pertama : menambah kenalan yang baharu
LKCJOHAN       Sebagaimana yang kita ketahui, Kita mendukung kebenaran yang disepkati bahawa penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baharu di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Penggunaan laman sosial membolehkan seseorang pengguna menambah kenalan baharu dengan hanya satu klik tambah sahaja. Sementara itu, apabila seseorang itu telah menamatkan sesuatu pengajian di sekolah menyebabkan mereka telah terputus hubungan antara satu sama lain. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka dapat mengetahui kerjaya yang telah diceburi oleh rakan dan dapat berinterasi antara satu sama lain. Gambar yang telah diletakkan di dalam profil juga boleh dilihat dan dikomen oleh semua rakan. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada. Jadi jelaslah bahawa penggunaan laman sesawang sosial boleh menambahkan kenalan yang baru(X)  baharu dan bertemu semula rakan lama yang sudah lama terputus.
Isi Kedua : mengisi masa lapang
Selain itu,ramai remaja juga menghabiskan masa mereka dengan laman sosial. Dengan adanya laman sesawang sosial, mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan melayari facebook. Bagi mereka yang bijak, di samping mengisi masa lapang ada antara mereka membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Mereka juga dapat menjadikan laman sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka. Orang ramai boleh membeli dengan mengklik di laman sesawang dan barangan tersebut akan dihantar melalui pos laju. Siapa sahaja yang berminat untuk membeli barangan tersebut hanya membayar dengan memasukan wang ke dalam bank yang telah ditetapkan oleh penjual. Oleh itu, medium ini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu bersesak-sesak di pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan.


Keburukan
Isi Pertama : banyak penipuan atau pemalsuan
Penggunaan laman sosial bukan sahaja mendatangkan kesan yang positif malah mendatangkan kesan negatif iaitu penggunaan laman sosial melalui internet menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Perkara ini disebabkan oleh mereka yang baru dikenalinya melalui laman sosial. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Sebagai contohnya, perkara ini berlaku apabila pasangan dalam laman sosial menghantar sistem pesanan ringkas(sms) untuk membuat temu janji dengan menyatakan tempat dan masanya. Seterusnya, remaja perempuan tersebut akan pergi ke tempat yang telah dinyatakan tanpa berfikir panjang. Namun demikian, setibanya di tempat yang dinyatakan oleh kenalan laman sosial itu, mereka mungkin ditipu dan ada juga yang telah menjadi mangsa rogol.

Isi Kedua : menjadi lalai
Selain itu, Sementara itu, penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.     

Isi ketiga : tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat
LKCSudah-sudahnya, kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana laman sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat Timur. Tidak hairanlah ramai remaja pada era modenisasi ini  banyak terjerumus ke dalam lembah zulmat dan pelbagai kebejatan sosial.


Penutup
Kesimpulannya,  Sebagai intihanya, penggunaan laman sosial ini mendatangkan pelbagai kebaikan dan keburukan kepada golongan remaja. Namun impak negatif yang wujud harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati".  [hurai 5 baris lagi…..]

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


Isi-Isi Penting : Kebaikan dan Keburukan Laman Sosial
JOHAN 


Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-
1. Berkomunikasi:
Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama yang terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis,  pahit, dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Aungan (=Hubungan) tali silatulrahim dapat diertkan bagai beliung dengan asahan. Pengguna juga dapat mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato’ Sri Najib Tun Razak, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.

2. Boleh membantu mempromosi sesuatu.
Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

3. Mudah menyebarkan maklumat.
Sebagai contoh,Pada waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.

4. Perkongsian maklumat/ilmu.
Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv televisyen untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.


LKCJOHANLaman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang menyalahgunakannya sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

No comments:

Post a Comment