Sunday, October 23, 2016
SKEMA SISTEM BAHASA SEMINAR LKC
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis
satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
|
(i)
mereka-reka
(ii)
menjadi-jadi
(iii)
merayu-rayu
(iii)
berapi-api
(iv)
bersakit-sakit
(v)
beransur-ansur
[6 markah]
|
|
(i) mereka-reka - menyusun (memasang,
mengatur, mengarang) baik-baik/ mencari akal (daya , upaya, ikhtiar)
(ii) menjadi-jadi - bertambah-tambah
(banyak, besar, hebat, keras dll)
(iii) merayu-rayu - memikat hati,
memujuk/memajukan permohonan( dengan bersungguh-sungguh)
(iii) berapi-api - merah menyala (mata)
kerana terlalu marah/
(dgn) berkobar-kobar/ (dgn) bersemangat
(iv) bersakit-sakit - berusaha benar-benar
(utk memperoleh sesuatu)/
bersusah payah / menderita kesusahan
(kesukaran hidup, kesulitan)
(iv) beransur-ansur - sedikit demi sedikit
(melakukan sesuaatu atau berlakunya sesuatu)/ sedikit demi sedikit bertukar
kpd sesuatu keadaan
|
|
b)
|
Tukarkan
ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa
mengubah maksud asalnya.
|
(i)
Beberapa hari yang lalu Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu
kepada seorang lelaki.,
(ii)
Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, belum pernah terdetik di
hati Linda untuk meninggalkan kerjayanya sekarang
(iii)
Bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang, pasangan anak beranak
itu berlatih dengan bersungguh-sungguh.
[6 markah]
|
|
(i) Pak Abu telah menjual sawah di hujung
kampung itu kepada seorang lelaki beberapa hari yang lalu
(ii) Belum pernah terdetik di hati Linda
untuk meninggalkan kerjayanya sekarang walaupun terpaksa berdepan dengan
pelbagai masalah.
(iii) Pasangan anak beranak itu berlatih
dengan bersungguh-sungguh bagi memenangi pertandingan badminton yang akan
datang,
|
|
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.
|
(i) Tenaga
hidro ialah sumber tenaga yang paling meluas penggunaannya kerana mewakili 19
peratus daripada keseluruhan penjanaan tenaga eletrik.
(ii)
Pencuri motorsikal akan meleraikan bahagian-bahagiannya sebelum dijual kepada
pihak lain yang bersubahat dengan kegiatan mereka yang bersalahan
undang-undang itu.
(iii)
Tanaman buah-buahan yang diusahakan itu dapat mengimbang rutin harian beliau
sebagai penulis lagi pun kegiatan itu memberikan kepuasan kepadanya.
[6 markah]
|
|
Kesalahan ejaan
(i) eletrik - elektrik
(ii)motorsikal - motosikal
(iii)lagi pun - lagipun
Kesalahan imbuhan
(i) meluas - luas
(ii) bersalahan - menyalahi
(iii) mengimbang - mengimbangi.
|
|
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
(i)
Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala
selama lima setengah tahun.
(ii)
Lukisan yang paling cantik sekali dalam pameran itu memikat perhatian para
pencinta seni tanah air.
(iii)
Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Johor membanjiri stadium itu untuk
menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Johor dengan pasukan
Kelantan yang berlangsung pada malam semalam.
[6 markah]
|
|
Salah kata/istilah Salah tatabahasa
(i) tergendala - terbengkalai lima setengah
tahun - lima tahun setengah
(ii) memikat - menarik paling cantik sekali
- paling cantik/cantik sekali
(iii) pertandingan - perlawanan Beribu -
Beribu-ribu
|
|
e)
|
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
|
(i) Ibu
bapa berperanan penting untuk mencorakkan kehidupan anak-anaknya. Hal ini
disebabkan, semua perlakuan dan sikap anak-anak ditiru daan diambil daripada
ibu bapa mereka. Jika ibu bapa seorang pemuzik, tidak mustahil anak mereka
juga berkecenderungan menjadi ahli muzik.
(ii)
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat bandar kian luntur. Hal ini
demikian kerana masing-masing sibuk bekerja dan membuat hal masing-masing.
Mereka juga bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan hal
masyarakat di sekeliling.
(iii)
Ali yang telah dituduh mencuri dompet rakan sekelasnya berjumpa dengan guru
disiplin untuk memberitahu bahawa bukan dia yang mencuri sebaliknya dia telah
dianiaya.
[6 markah]
|
|
Jawpan
bagaimana acuan begitulah kuihnya
(ii) seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing
(iii) berani kerana benar, takut kerana
salah
|
NEGERI KEDAH (ms2)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
duduk
|
|
ii.
|
duduk-duduk
|
|
iii.
|
terduduk
|
|
iv.
|
menduduki
|
|
v.
|
penduduk
|
|
vi.
|
Kedudukan
|
|
i) duduk -
beristirahat di atas punggung / tempat letaknya / tinggal (diam / menetap)
ii) duduk-duduk
- berehat-rehat sambil mengambil angin
iii) terduduk -
terjatuh duduk dengan tiba-tiba dan tidak sengaja
iv) penduduk
- orang yang menetap di sesuatu daerah
v) menduduki
- mengambil tempat duduk / mendiami / menakluki / mengambil
(mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian
vi) kedudukan
- tempat tinggal / tempat letaknya / keadaan atau selok-belok
sesuatu perkara / tingkatan taraf (martabat, darjat)
|
||
b)
|
Pisahkan ayat-ayat di bawah ini
kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.
|
|
Dua orang nelayan terpaksa
berpaut pada tong minyak apabila bot mereka karam dipukul ombak besar ketika
menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah. Setelah
hampir sembilan jam terapung-apung di tengah laut, akhirnya mereka
diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Indonesia yang melalui perairan itu.
|
||
[6 markah]
(i) Dua orang
nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak.
(ii) Bot mereka
karam dipukul ombak besar.
(iii) Mereka menangkap
ikan di perairan Pulau Beras Basah,
Langkawi, Kedah
(iv) Hampir sembilan jam
mereka terapung-apung di tengah laut
(v) Mereka
diselamatkan oleh sebuah kapal dagang dari Indonesia.
(vi) Sebuah kapal dagang
Indonesia melalui perairan itu.
|
||
c)
|
Dalam petikan di bawah
terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
Fenomena
ombak besar sunami yang kali pertama berlaku dalam sejarah negara berikutan
bergegar gempa bumi dasar laut yang berpusat di utara Sumatera pada 20
Disember 2004 memberikan pengajaran besar kepada kita yang selama ini
teranggap bahawa Malaysia terselamat daripada mala petaka seumpama itu.
Tidak ada sesiapa pun yang wajar dipersalahkan berikutan trajedi yang telah
meragut lebih 60 nyawa dan kemusnahan besar di negeri sebelah utara
Semenanjung Malaysia kerana sememangnya kita belum bersedia hadapi bencana
sedemikian rupa.
|
||
[6 markah]
sunami
-
tsunami
bergegar
- gegaran
teranggap
- beranggapan /
menganggap
mala
petaka
-
malapetaka
trajedi
-
tragedi
hadapi
-
menghadapi
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Salmiza
telah menghiris ikan merah untuk dimasak oleh saya bersama-sama rakan tengah
hari ini.
|
|
ii.
|
Setiap
pagi Danial Iskandar pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi dengan menumpang motosikal
ayahnya.
|
|
iii.
|
Koperal
itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialami sebaliknya mengejar terus
peragut itu.
|
|
(i)
menghiris
– menyiang
/ memotong
dimasak oleh saya
– saya
masak
(ii)
pada pukul tujuh pagi –
pada pukul tujuh
menumpang
–
membonceng / menunggang
(iii)
mengindahkan
– mengendahkan
mengejar
terus
– terus
mengejar
|
||
e)
|
Nyatakan
peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa di bawah.
|
|
i.
|
Genggam
bara api biar sampai jadi arang.
|
|
ii.
|
Air
dicencang tidak akan putus
|
|
iii.
|
Sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit
|
|
[6 markah]
|
||
(i)
alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar sampai licin
(ii)
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
(iii) sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain
|
NEGERI
KELANTAN (ms3)
NEGERI MELAKA (ms 4)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis dua ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
hancur
|
|
ii.
|
condong
|
|
iii.
|
segar
|
|
[6 markah]
|
||
i.
|
||
b)
|
Cerakinkan setiap ayat majmuk
di bawah ini kepada dua ayat tunggal.
|
|
i.
|
Universiti
Malaya merupakan pusat pengajian tinggi yang telah banyak melahirkan tokoh
berwibawa.
|
|
ii.
|
Kemalangan
jalan raya itu bukan berlaku pada hari ini tetapi semalam.
|
|
iii.
|
Empangan
Timah Tasuh sebuah tasik buatan yang terletak di Perlis.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Universiti Malaya merupakan pusat pengajian tinggi
Universiti ini
telah banyak melahirkan tokoh berwibawa
ii. Kemalanganjalan raya itu bukan berlaku pada hari ini.
Kemalangan jalan
raya itu berlaku semalam
iii. Empangan Timah Tasuh sebuah tasik buatan
Empangan ini
terletak di Perlis
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Cikgu
Hasroni meminta murid-muridnya supaya memberikan definasi yang tepat tentang
konsep teknologi hijau dalam penghidupan pada hari ini.
|
|
ii.
|
Filem
Seniman Bujang Lapuk telah mempopularkan nama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
dan beberapa pelakun yang berzaman dengan beliau.
|
|
iii.
|
Bidang
pelancongan di Malaysia mampu dimajukan memandang prospetnya yang besar pada
peringkat antarabangsa.
|
|
i. Definasi –
definisi
penghidupan – kehidupan
ii. Pelakun –
pelakon
berzaman – sezaman
iii. Prospetnya –
prospeknya
Memandang – memandangkan
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Balai
rawatan itu dibuka di setiap hari mulai pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang
dan dikendalikan oleh tiga orang doktor.
|
|
ii.
|
Pengemis
yang berpakaian kusut-masai itu tidur di bawah pokok dengan beralaskan surat
khabar.
|
|
iii.
|
Penjenayah
warga asing itu saling berbalas-balas tembakan dengan pihak polis selepas
kereta yang dipandu oleh mereka tergelincir di Lebuh Raya Utara-Selatan.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Balai - pusat
di
setiap – pada setiap
ii. Kusut-masai –
compang-camping dengan
beralaskan – beralaskan
iii. Saling berbalas-balas – saling
berbalas
tergelincir – terbabas
|
||
e)
|
Tulis
satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan
maksud dan penggunaannya.
|
|
i.
|
Ibarat
telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya
|
|
ii.
|
Batu
penghalang
|
|
iii.
|
Tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
|
|
[6 markah]
|
||
i. Perpecahan dalam kalangan masyarakat boleh menjejaskan perpaduan
negara, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya.
ii. Aku tidak akan menjadikan kecacatanku sebagai batu penghalang untukku
berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
iii. Peribahasa Melayu ialah warisan daripada nenek moyang dahulu yang tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
|
MRSM (ms4)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
lasykar
|
|
ii.
|
bahtera
|
|
iii.
|
masyghul
|
|
iv.
|
makam
|
|
v.
|
gering
|
|
vi.
|
singgahsana
|
|
[6 markah]
|
||
ii. Lasykar – askar serdadu
iii. Bahtera – kapal besar
iv. Masyghul – berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati,
murung, sedih, kesal hati, sebal hati
v. Makam – kubur (digunkan untuk orang yang dihormati seperti nabi, para
wali, keluarga diraja dll)
vi. Gering – sakit, uzur
vii. Singgahsana – kerusi kerajaan (tempat raja bersemayam), takhta
|
||
b)
|
Kenal pasti jenis
ayat-ayat di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat
aktif transitif atauayat aktif tak transitif.
|
|
i.
|
Haji
Ismail berserban setiap kali keluar rumah.
|
|
ii.
|
Siti
Sarah menjeling manja ke arah kami apabila namanya dipanggil.
|
|
iii.
|
Saya
yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda.
|
|
iv.
|
Malaysia
menghulurkan bantuan kepada mangsa krisis peperangan di Palestin.
|
|
v.
|
Puan
Mariam menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumahnya pada setiap petang.
|
|
vi.
|
Beberapa
orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.
|
|
[6 markah]
|
||
iv. Ayat aktif tak transitif
v. Ayat aktif tak transitif
vi. Ayat aktif transitif
vii. Ayat aktif transitif
viii. Ayat aktif transitif
ix. Ayat aktif tak transitif
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Pihak
pengurusan pasar borong terbesar itu memperkenalkan tiket pra-bayar untuk
kemudahan pengunjung meletakan kenderaan di premis tersebut.
|
|
ii.
|
Langkah
kerajaan menurunkan tarif lektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan
mengurangi kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan
ekonomi negara.
|
|
iii.
|
Hubungan
antara bangsa yang dijalin erat membolehkan Malaysia dikenali seluruh dunia
hasil kerjasama antara pemimpin dengan rakyat.
|
|
[6 markah]
|
||
i. pra-bayar - prabayar
meletakan
- meletakkan
ii. letrik – elektrik
memperkukuhkan
- memperkukuh
iii. antara bangsa - antarabangsa
dijalin
- terjalin
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Pasukan
badminton negara telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan
badminton di peringkat dunia selama dua tahun berulang-ulang.
|
|
ii.
|
Kejatuhan
harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan golongan
para petani.
|
|
iii.
|
Rambut
Malik dikerat oleh guru disiplin kerana teramat panjang sangat walaupun telah
diberi amaran.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Di - pada (tatabahasa)
,
berulang-ulang
- berturut-turut (kata/ istilah)
ii. Komuniti - komoditi (kata /
istilah)
golongan
para - golongan / para (tatabahasa)
iii. Dikerat - dipotong / digunting/ (kata/
istilah
Teramat panjang
sangat - teramat panjang / panjang sangat
(tatabahasa)
|
||
e)
|
Isi tempat
kososng di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.
|
|
Sekolah
merupakan tempat yang mampu melahirkan modal insan yang akan membangunkan
negara. Oleh itu, para pendidik dan pelajar haruslah menjalinkan
hubungan yang erat dan bekerjasama ........................................................
agar matlamat itu menjadi realiti. Selain itu, warga sekolah
haruslah berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan yang cemerlang kerana
.......................................... Namun demikian,
setelah menempa kejayaan para pelajar juga janganlah menjadi
....................................... kerana kejayaan itu tidak akan
tercapai tanpa jasa dan sumbangan guru.
|
||
[6 markah]
|
||
a) Bagai aur dengan
tebing / bulat air kerana pembetung bulat manusia/ kata kerana
muafakat
b) Di mana ada
kemahuan di situ ada jalan / rajin dan usaha tangga kejayaan / kalau tak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
c) Seperti kacang
lupakan kulit / seperti ulat lupakan daun
|
||
NEGERI PERAK
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
media
sosial
|
|
ii.
|
litar pintas
|
|
iii.
|
masyarakat
majmuk
|
|
iv.
|
derma
kilat
|
|
v.
|
pakar
bedah
|
|
vi.
|
bencana
alam
|
|
[6 markah]
|
||
(i) media sosial
-
Para remaja diingatkan agar tidak menggunakan media sosial untuk
perkara-perkara yang tidak bermanfaat.
(ii)
litar pintas
-
Kebakaran yang berlaku di rumah Pak Maun pada malam tadi berpunca
daripada masalah litar pintas.
(iii) masyarakat majmuk
- Masyarakat
majmuk di Malaysia dapat hidup aman dan harmoni kerana
mereka mengamalkan sikap toleransi dan saling menghormati antara satu
sama lain.
(iv) derma kilat
-
Satu kutipan derma kilat telah dilancarkan bagi membantu
mangsa banjir
di Kelantan.
(v)
pakar bedah
-
Azila bercita-cita untuk menjadi seorang pakar bedah jantung
setelah
menamatkan pengajian kedoktorannya.
(vi) bencana alam
- Bencana
alam yang berlaku pada hari ini adalah kerana sikap endah tak
endah manusia terhadap alam sekitar.
|
||
b)
|
Berdasarkan ayat-ayat di
bawah, bina ayat tanya dengan
menggunakan kata tanya yang
betul. Kata
tanya yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat
ayat yang diberikan.
|
|
i.
|
Mereka memancing ikan pagi tadi.
|
|
ii.
|
Encik Rosly bendahari PIBG di sekolah itu.
|
|
iii.
|
Murid itu dipuji kerana rajin membaca buku.
|
|
iv.
|
Pameran robotik itu akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan.
|
|
v.
|
Jentuai digunakan untuk menuai padi.
|
|
vi.
|
Rakyat negara kita dapat hidup harmoni melalui perpaduan.
|
|
[6 markah]
|
||
(i) Bilakah mereka
memancing ikan?
(ii)
Siapakah bendahari
PIBG di sekolah itu?
(iii)
Mengapakah murid itu
dipuji?
(iv)
Di manakah pameran
robotik itu akan diadakan?
(v) Apakah alat
yang digunakan untuk menuai padi?
(vi)
Bagaimanakah rakyat
negara kita dapat hidup harmoni?
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Data
kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu saya catit sebelum laporan
perincian dibuat.
|
|
ii.
|
Penanaman
nenas secara besar-besaran memberikan pendapatan yang lumayan kepada
pengusaha yang berani menceburkan bidang pertanian komersial.
|
|
iii.
|
Penduduk
di kawasan pedalaman itu berpegang teguh pada mempercayai nenek moyang bagi
memastikan jatidiri mereka sentiasa terpelihara.
|
|
[6 markah]
|
||
Kesalahan
ejaan:
Kesalahan imbuhan:
(i)
catit
-
catat
(i) perincian -
terperinci
(ii)
nenas
-
nanas
(ii) menceburkan - menceburi
(iii) jatidiri
-
jati diri
(iii)
mempercayai - kepercayaan
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Sebagai pelajar, kita mesti tabah merempuh
segala cabaran agar berjaya di masa depan.
|
|
ii.
|
Kebanjiran pendatang-pendatang asing yang
meningkat secara mengejut dari hari ke hari menjadi satu masalah kepada
negara.
|
|
iii.
|
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMK Seri Indah akan membincangkan tentang masalah
kemerosotan keputusan peperiksaan yang dihebohkan baru-baru ini oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
|
|
[6 markah]
|
||
Kesalahan
penggunaan
kata:
(i)
merempuh
- menempuh
(ii)
mengejut
-
mendadak
(iii)
dihebohkan
-
diumumkan
Kesalahan
tatabahasa:
(i) di
-
pada
(ii)
pendatang-pendatang
-
pendatang
(iii)
membincangkan tentang masalah
-
membincangkan masalah
|
||
e)
|
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam
petikan.
|
|
i.
|
Jika
rakyat bersatu hati, negara akan menjadi kuat dan berlaku sebaliknya jika
rakyat berpecah belah.
|
|
ii.
|
Usaha
untuk membendung gejala lumba haram itu menemukan kegagalan kerana usaha itu
tidak dijalankan dengan bersungguh-sungguh.
|
|
iii.
|
Kita
hendaklah menghargai masa kerana masa yang berlalu tidak akan berulang
kembali.
|
|
[6 markah]
|
||
(i)
Bersatu teguh bercerai
roboh
(ii) Bagai
melepaskan batok di tangga / hangat-hangat tahi
ayam
(iii) Masa itu
emas
|
NEGERI PULAU PINANG
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat
bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
bidang
- sidang
|
|
ii.
|
tetas -
tebas
|
|
iii.
|
kerat -
kelat
|
|
[6 markah]
|
||
(i) bidang - permukaan yg datar (batasnya
tertentu)
- ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar,
dll)
- lebar/susuk dada
- ukuran panjang (kira-kira lima hasta)
- penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt
tanah dsb)
- kegiatan yg diceburi, lapangan
- bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan
dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar
dan mempunyai keluasan yg tertentu
sidang - seluruh ahli (majlis, badan, dewan
mesyuarat,
dll) sekalian anggota
- sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak)
- ketua kampung.
- berhenti (hujan dll), reda;
- berkurang (sakit dll), beransur pulih.
(ii) tetas - memotong (membelah dll) supaya
terbuka,
meretas
- keluar drpd telur
- pecah dan terbuka kulitnya (telur yg
sudah diram)
tebas - sudah dipotong atau dirambah
(pokok-pokok
kecil)
- memborong hasil tanaman (buah-buahan,
padi, dll) sebelum dipetik atau dituai
(iii) kerat - bahagian (drpd sesuatu),
potong, penggal
- bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg
keras.
- sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan,
kedondong pasir
kelat - rasa hampir-hampir pahit (spt rasa
pinang),
rasa sepat
- tali utk menarik layar kapal atau utk
menumbangkan pokok yg ditebang
- sj gelang yg dipakai di pangkal lengan
- lekat, susah dibuka (mata, kerana terlalu
mengantuk)
- sj tumbuhan (pokok)
|
||
b)
|
Tukarkan ayat
aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah
maksud asalnya.
|
|
i.
|
Kerajaan
perlu mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat
melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun.
|
|
ii.
|
Ribut
yang kuat telah memusnahkan semua rumah yang terletak berdekatan dengan
pantai itu semalam.
|
|
iii.
|
Saya
telah meminjam buku-buku di atas meja itu daripada perpustakaan sekolah.
|
|
[6 markah]
|
||
(i) Generasi muda perlu dididik oleh
kerajaan dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat melahirkan sebuah
masyarakat yang bersopan santun.
(ii) Semua rumah yang terletak berdekatan
dengan pantai itu dimusnahkan oleh
ribut yang kuat semalam.
(iii) Buku-buku di atas meja itu telah saya
pinjam daripada perpustakaan sekolah.
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Walaupun
Mariah seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng
untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.
|
|
ii.
|
Banjir
besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir
mengalami kerugian yang besar.
|
|
iii.
|
Sambutan
ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka di
Kuala Lumpur.
|
|
(i) berkerja - bekerja
bihun
- mihun
(ii) menenggelami - menenggelamkan
perabut - perabot
(iii) ke 3 - ke-3
diada
– diadakan
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Seiras
dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara telah meningkat dalam kadar yang
paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.
|
|
ii.
|
Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan
pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
|
|
iii.
|
Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan
Lepas dalam masa satu setengah jam lagi.
|
|
[6 markah]
|
||
(i) Seiras - Selaras
paling
tinggi sekali - paling tinggi/tinggi sekali
(ii) beliau - baginda di
dalam - dalam
(iii) berhenti - mendarat
satu setengah jam - satu jam setengah
|
||
e)
|
Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut.
|
|
i.
|
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain
menerima akibatnya.
|
|
ii.
|
Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah
sekiranya dilakukan bersama-sama.
|
|
iii.
|
Mendidik seseorang wajar dilakukan semenjak kecil.
|
|
[6 markah]
|
||
(i) kerana nila setitik rosak susu
sebelanga / seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.
(i) Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing/ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
(ii) Melentur buluh biarlah daripada
rebungnya
|
NEGERI SARAWAK [ms 7]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
Berhak
|
|
ii.
|
Persamaan
hak
|
|
iii.
|
Hak
Asasi
|
|
iv.
|
Tuntutan
hak
|
|
v.
|
Menjadi
hak
|
|
vi.
|
Hak
cipta terpelihara
|
|
[6 markah]
|
||
i. mempunyai hak atas sesuatu: Dia berhak mewarisi
harta peninggalan bapanya yang telah meninggal dunia pada tahun lepas.
ii. Mempunyai hak yang sama : Kumpulan yang diketua
oleh Pn Salmah berusaha untuk menuntut persamaan hak wanita seperti mana yang
dinikmati oleh kaum lelaki.
iii. Hak asasi - hak yg dasar atau yg pokok spt bebas beragama, bebas mengeluarkan
pendapat. : Setiap kaum mempunyai hak asasi yang perlu dilindungi agar
wujud persefahaman antara masyarakat pelbagai kaum di Negara ini.
iv. Tuntutan hak – Mahkamah yang sedang bersidang itu
sedang membincangkan tuntutan hak Encik Long terhadap rumahnya
yang telah dirampas.
v. Tanah pusaka itu telah menjadi hak Puan Halimah
dan anak-anaknya.
vi. Kita perlu menghormati hak cipta terpelihara
penulis dengan cara tidak memplagiat/ menciplak hasil karya mereka.
|
||
b)
|
Catat
serta namakan Kata Ganti Nama Diri Orang yang terdapat dalam ayat di bawah
|
|
i.
|
Adik
awak menangis kerana lampinnya basah.
|
|
ii.
|
Mereka
ternanti-nanti bilakah keputusan SPM akan diumumkan.
|
|
iii.
|
“Dimanakah
hendak diletakkan buku Sains Kesihatan ini?” tanya kakak berkali-kali
|
|
iv.
|
Kalian
perlu berbaris apabila membeli makanan di kantin
|
|
v.
|
Ikan
yang digoreng oleh ibunya sangat enak dimakan dengan sambal tumis.
|
|
vi.
|
“Beta
mahu istana lama itu diuruskan dengan baik,” titah Sultan kepada Bentara
Melaka.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Awak – KGND orang
pertama nya – KGND
orang ketiga
ii. Mereka – KGND orang ketiga
iii. Kakak – kata ganti nama orang ketiga
iv. Kalian – kata ganti nama diri kedua
v. Nya – kata ganti nama diri orang ketiga
vi. Beta – kata ganti nama diri orang pertama
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Buku
cendera mata itu perlu ditandatangani oleh tetamu yang mengunjungi ke rumah
kebajikan itu.
|
|
ii.
|
Latif
tidak menggunakan laluan zebbra tetapi menggunakan laluan kereta apabila
melintas jalan kerana dia tidak tahu bahawa laluan itu amat berbahaya kepada
perjalan kaki.
|
|
iii.
|
Dia
dinasihat agar mengambil cuti rehat kerana kesihatannya amat merosot dua-tiga
hari ini.
|
|
[6 markah]
i. Cendera mata -
cenderamata
mengunjungi –
berkunjung
ii. Zebbra –
zebra
perjalan – pejalan
iii. Dinasihat – dinasihati dua-tiga - dua
tiga
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Ibu
mengaul tepung supaya dijadikan pastri karipap lapisnya.
|
|
ii.
|
Karangan
yang paling molek dibaca oleh saya agar dapat dijadikan contoh oleh para
pelajar.
|
|
iii.
|
Dasar
Nasionalis Negara perlu dihayati oleh setiap anggota ahli masyarakat.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Mengaul – menguli
supaya
–untuk
ii. Dibaca oleh saya – saya
baca
molek – baik
iii. Anggota ahli –
anggota
nasionalis -
nasionalisme
|
||
e)
|
Bina satu ayat
daripada peribahasa di bawah ini.
|
|
i.
|
Kaki
ayam
|
|
ii.
|
Tidur-tidur
ayam
|
|
iii.
|
Ayam
tambatan
|
|
[6 markah]
|
i. Pelajar lelaki itu
ii. Pak mat hanya
tidur-tidur ayam sementara menunggu kepulangan anak lelakinya dari masjid.
iii. Murad menjadi ayam
tambatan dalam pasukan bola sepak di kampungnya.
SBP [ms 7-8]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
meleret - mengheret
|
|
ii.
|
perantau - pemantau
|
|
iii.
|
pembakuan - pembekuan
|
|
[6 markah]
|
||
i. Meleret: panjang sungguh (tali kain dll),
labuh sangat (pakaian), berpanjang-panjangan (perbualan, cerita dll),
berjangkit-jangkit, memanjang/melebar (senyuman).
Mengheret:
menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), menyeret, membawa
seseorang ke sesuatu tempat, memikat hati orang (untuk
mendapatkan harta benda dll), memperdaya/menipu
ii. Perantau:
pengembara, orang asing, kelana, orang yang pergi ke negeri lain, orang yang
mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang)
Pemantau:
orang/pihak yang memantau sesuatu, alat untuk memantau
iii. Pembakuan: usaha (tindakan, proses)
membakukan (menstandardkan) cth bahasa, ejaan dll
Pembekuan:
perihal/perbuatan membeku(kan) cth air
|
||
b)
|
Nyatakan
jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat larangan, ayat
permintaan, ayat suruhan, atauayat silaan.
|
|
i.
|
Jangan
pijak rumput di kawasan itu.
|
|
ii.
|
Simpan
wang demi masa depan kalian.
|
|
iii.
|
Hantar
kerja rumah yang telah disiapkan kepada cikgu esok.
|
|
iv.
|
Minta
semua pelajar berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.
|
|
v.
|
Sila
basuh tangan anda bersih-bersih sebelum menjamah makanan.
|
|
vi.
|
Tolong
bersihkan kelas masing-masing sebelum kelas bermula pada setiap hari.
|
|
[6 markah]
|
||
i)
ayat larangan
ii)
ayat suruhan
iii) ayat
suruhan
iv)
ayat permintaan
v)
ayat silaan
vi)
ayat permintaan
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Projek
keretapi laju itu merupakan suatu usaha pihak kerajaan untuk memperkasa
sektor pengangkutan negara kita supaya setanding dengan negara maju.
|
|
ii.
|
Semua
kegiatan ko-kurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun itu
telah dipamer di ruang legar bangunan Galeri Sejarah untuk tatapan umum.
|
|
iii.
|
Di
perkarangan rumahnya, Pak Cik Jamal telah membuka gerai yang menjual pelbagai
jenis makanan termasuk sate, mee goreng, dan martabak untuk menambah hasil
pendapatan.
|
|
[6 markah]
(i) keretapi
= kereta
api
memperkasa = memperkasakan
(ii) ko-kurikulum
=
kokurikulum
dipamer = dipamerkan
(iii) perkarangan
= pekarangan
mee = mi
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Mereka
yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada
pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu.
|
|
ii.
|
Ketika
tangkapan dilakukan, pemilik siber kafe itu mendakwa bahawa dia tidak
tahu-menahu tentang kegiatan judi haram yang dilakukan oleh pelanggannya.
|
|
iii.
|
Semua
peserta pertandingan yang menepati syarat penyertaan telah dimaklumkan yang
mereka perlu membuat bayaran pendaftaran secara dalam talian secepat mungkin.
|
|
[6 markah]
|
||
(i) tidak
cuai = bukan
cuai,
sifat = sikap
(ii) tangkapan
= serbuan
siber kafe = kafe siber
(iii) menepati
=
memenuhi yang = bahawa
|
||
e)
|
Bagi
setiap peribahasa di bawah, namakan satu peribahasa lain
yang membawa maksud yang sama dengan peribahasa tersebut.
|
|
i.
|
Alang-alang
mandi biar basah
|
|
ii.
|
Kalau
tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
|
|
iii.
|
Seekor
kerbau membawa lumpur semuanya terpalit
|
|
[6 markah]
|
||
(i) Alang-alang
mandi biar basah = alang-alang berdakwat biar hitam/alang-alang
berminyak biar licin
Nota:
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (X)
(ii) Kalau
tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah = kalau tiada angin
masakan pohon bergoyang
(iii) Seekor
kerbau membawa lumpur semuanya terpalit =
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
|
NEGERI SELANGOR [ms 8-9]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
insentif
- intensif
|
|
ii.
|
apresiasi
- aspirasi
|
|
iii.
|
kontemporari
- globalisasi
|
|
[6 markah]
|
||
i) insentif = ganjaran/hadiah/bonus
intensif = secara giat/ bersungguh-sungguh
ii) apresiasi - penghargaan /pengiktirafan
aspirasi - cita-cita / impian
iii) kontemporari = terkini / pada masa
kini
globalisasi = dunia tanpa sempadan
|
||
b)
|
Baca
petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja aktif transitif dan
objek dalam petikan ini.
|
|
Kini
masyarakat kita semakin melupakan permainan tradisional dengan wujudnya
permainan moden. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk
mempopularkan permainan tradisional. Kita haruslah menyokong kempen ini agar
permainan tradisional tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, pihak sekolah
boleh menubuhkan Kelab Permainan Tradisional. Dengan adanya pendedahan awal
sedemikian murid-murid akan dapat menyemaikan minat mereka terhadap permainan
tradisional. Kerajaan perlu mendirikan sebuah muzium permainan tradisional
agar keistimewaan permainan tradisional dapat ditonjolkan.
|
||
[6 markah]
|
||
- melupakan = permainan tradisional
- mengadakan = pelbagai kempen
- mempopularkan = permainan tradisional
- menyokong = kempen ini
- menubuhkan = Kelab Permainan Tradisional
- menyemaikan = minat mereka
- mendirikan = sebuah muzium
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Orang
ramai kunjungi tempat-tempat rekriasi pada hari cuti untuk menikmati
suasananya
yang tenang dan damai.
|
|
ii.
|
Golongan
muda yang mengemari makanan ringan dan makanan segera perlu mengubah tabiat
tersebut untuk melahirkan generasi yang sihat dan berdayasaing.
|
|
iii.
|
Demi
memastikan keselesaan rakyat terutama penduduk di kawasan luar bandar, pihak
kerajaan telah menyedia pelbagai insfrastruktur untuk kemudahan penduduk.
|
|
[6 markah]
i) rekriasi = rekreasi
kunjungi = mengunjungi
ii) berdayasaing = berdaya saing
mengemari = menggemari
iii) insfrastruktur = infrastruktur
menyedia = menyediakan
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Amira
terpaksa memansuhkan hasratnya bagi melancong ke Pulau Langkawi
kerana
keadaan kesihatan ayahnya yang kurang baik.
|
|
ii.
|
Pengarah
syarikat itu akan memikirkan lain-lain cadangan yang dikemukakan oleh
pembantunya sebelum membuat kehendak tentang perkara tersebut.
|
|
iii.
|
Pengalaman
dan kenangan yang terpaling indah ketika menyertai program khidmat masyarakat
itu tidak akan diluputkan oleh Najwa.
|
|
[6 markah]
|
||
i) memansuhkan = melupakan/membatalkan
bagi = untuk
ii) kehendak = keputusan
lain-lain cadangan = cadangan-cadangan lain
iii) diluputkan = dilupakan
terpaling indah = paling indah/ terindah
|
||
e)
|
Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
|
|
i.
|
Sedikit
demi sedikit lama-lama berhasil juga
|
|
ii.
|
Berdamai
dan melupakan perselisihan yang telah berlaku.
|
|
iii.
|
Kalah
atau menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yang berlainan, iaitu sama-
sama
menanggung rugi.
|
|
[6 markah]
|
||
i) Sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit.
ii) Buang yang keruh, ambil yang jernih
iii) Kalah jadi abu, menang jadi arang.
|
||
PERCUBAAN SPM 2 [ms ]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
alas
|
|
ii.
|
alis
|
|
iii.
|
alur
|
|
iv.
|
waja
|
|
v.
|
wajah
|
|
vi.
|
wajar
|
|
[6 markah]
|
||
b)
|
Kenal pasti jenis-jenis ayat
berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat
tanya, ayat seruan atau ayat perintah.
|
|
i.
|
Humairah
dan Shafiqah mewakili sekolah dalam pertandingan forum remaja.
|
|
ii.
|
Siapakah
yang telah membuang air di sini?
|
|
iii.
|
“Jangan
melintasi bangunan tersebut kerana peperiksaan sedang berjalan,” kata Cik
Rokiah kepada semua anak muridnya.
|
|
iv.
|
Wah,
cantiknya awak hari ini! Pasti ada lelaki yang akan terpikat nanti.
|
|
v.
|
Rumah
banglo itu milik Encik Salleh.
|
|
vi.
|
“Sila
keluar dari bilik ini sekarang juga.” Kata Azua kepada pekerjanya.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Ayat penyata
ii. Ayat tanya
iii. Ayat perintah
iv. Ayat seruan
v. Ayat penyata
vi. Ayat perintah
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
Sebahagian
besar rakyat Malaysia yakin bahawa negara berada atas landasan yang betul
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Untuk mengukuhkan keyakinan ini
sepatutnya satu kajian yang melibatkan penduduk berbagai-bagai kaum wajar
dilaksanakan. Responden kajian pula hendaklah mengkategorikan mengikut
kelompok, daerah, komposisi kaum, lokasi, umor dan
jantina. Pendapat kajian tersebut akan menjadikan bukti tentang harapan
sebenar rakyat terhadap halatuju negara pada masa depan. Kajian tersebut
akan menjadi eveden bahawa kerajaan telah membuat andaian tentang hasrat
sebenar rakyat terhadap masa depan mereka.
|
||
[6 markah]
Ejaan
imbuhan
i. Umor – umur
pendapat - dapatan
ii. Halatuju – hala
tuju
mengkategorikan - dikategorikan
iii. Eveden –
eviden
yakin – meyakini
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Gempa
bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berlaku di Ranau, Sabah
mendapat liputan luas dari media massa.
|
|
ii.
|
Penggunaan
moto halal palsu oleh sesetengah peniaga makanan masih berleluasa bahkan
mereka tahu perbuatan itu melanggar peraturan.
|
|
iii.
|
“Cikgu
Fatimah dan Cikgu Zainab akan berehat dalam dunia pendidikan pada tahun ini.”
Kata Nizam pada Mohamad.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Luas -
meluas
Dari - daripada
ii. Moto – logo
bahkan – walaupun
iii. Dalam –
dari
pada - kepada
|
||
e)
|
Nyatakan
maksud peribahasa di bawah.
|
|
i.
|
Tulang
belakang
|
|
ii.
|
Melepaskan
batuk di tangga
|
|
iii.
|
Masuk kandang
kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Orang kuat
ii. Membuat kerja secara sambalewa
iii. Menyesuaikan diri dengan persekitaran realiti / di sesuatu tempat
|
YIK [ms ]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
|
i.
|
Bergopoh-gapah
|
|
ii.
|
Hentam-menghentam
|
|
iii.
|
Kekanak-kanakan
|
|
iv.
|
Kepura-puraan
|
|
v.
|
Sekonyong-konyong
|
|
vi.
|
Timang-timangan
|
|
[6 markah]
|
||
b)
|
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian nyatakan golongan kata bagi setiap kata yang bergaris
dalam ayat di bawah sama ada kata nama, kata kerja, kata
adjektif atau kata tugas. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.
|
|
Beberapa batang pokok telah tumbang kelmarin
berikutan angin kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan Tanah Tinggi
Cameron. Sepuluh buah rumah juga telah
dihanyutkan air sungai yang deras. Sebuah jambatan pendek yang
baru dibina di kawasan ladang teh turut roboh.
|
||
[6 markah]
|
||
Beberapa – kata nama
Pokok – kata nama
Tumbang – kata kerja
Juga – kata tugas
Pendek – kata sifat
Ladang – kata nama
|
||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Pemilik
tanah yang tidak pembayaran cukai dalam tempoh tertentu akan menjadi hakmilik
kerajaan sepenuhnya.
ii. Malaysia
akan menghantar deligasi ke Jepun dalam persidangan antarabangsa untuk
berbincang isu pemanasan global.
iii. Kolestrol
yang banyak mempunyai impak yang buruk pada sistem edaran darah di dalam tubuh
manusia.
|
|
[6 markah]
i. Pembayaran – membayar hakmilik – hak milik
ii. Deligasi – delegasi Berbincang –
membincangkan
iii. Kolestrol – kolesterol edaran –
peredaran
|
||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
|
i.
|
Pengetua
mengucapkan tahniah di atas kejayaan cemerlang yang dicapai oleh
Suryani dalam perbahasan pidato peringkat kebangsaan.
|
|
ii.
|
Oleh
kerana kelonggaran undang-undang dan kurangnya pemeriksaan oleh pihak
berkuasa maka kemalangan maut di kawasan lebuh raya semakin kerap berlaku.
|
|
iii.
|
Pihak
berkuasa perlu mengeluarkan senarai barang-barang yang tidak boleh dijual di
koperasi sekolah agar tidak mengubah kesihatan murid.
|
|
[6 markah]
|
||
i. Di atas –
atas
perbahasan – pertandingan
ii. Oleh kerana – oleh sebab
pemeriksaan – penguatkuasaan
iii. Senarai barang-barang – senarai
barang
mengubah – menjejaskan / menggugat
iv.
|
||
e)
|
Baca
petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan tersebut.
|
|
Haji
Dollah telah lama menjalankan perniagaan makanan di Kampung Bunut. Dia
telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala
Lumpur. Perniagaanya sangat maju kerana sejak akhir-akhir ini dia telah
mendapat keuntungan yang banyak hingga kehidupannya menjadi
senang. Setelah beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di
hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai
kontraktor binaan bangunan. Tetapi malangnya, syarikat miliknya
itu telah gagal mendapat sebarang projek dan diisytiharkan muflis menyebabkan
dia menjadi miskin.
|
||
[6 markah]
|
||
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
durian runtuh
Durian runtuhyang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
|
NEGERI PERLIS (ms 11)
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
a)
|
Tulis satu ayat bagi setiap
pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
|
||||||||||||||||
i.
|
hemah –
hemat
|
||||||||||||||||
ii.
|
rasmi –
resmi
|
||||||||||||||||
iii.
|
inspirasi
- aspirasi
|
||||||||||||||||
[6 markah]
|
|||||||||||||||||
(i) hemah - budi pekerti
yang mulia
hemat - tidak boros atau membazir (dalam membelanjakan wang atau
menggunakan sesuatu), cermat, jimat
- dengan penuh perhatian, dengan teliti,
berhati-hati, beringat-ingat, berjaga-jaga
- pemerhatian, pengamatan
(ii) rasmi - disahkan oleh
kerajaan atau yang berkuasa, (yang) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh
kerajaan atau jabatan dan lain-lain
resmi - sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat) - resam
(iii) inspirasi - ilham atau bisikan hati
aspirasi - keinginan yang kuat (untuk mencapai atau mengadakan sesuatu) - cita-cita
|
|||||||||||||||||
b)
|
Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
|
||||||||||||||||
i.
|
Pihak
Bomba dan Penyelamat telah berjaya membawa turun mangsa gempa bumi di Sabah.
|
||||||||||||||||
ii.
|
Kami perlu
mendengar ceramah motivasi itu selepas waktu rehat.
|
||||||||||||||||
iii.
|
Atlet
Sukan SEA itu telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara boling.
|
||||||||||||||||
[6 markah]
|
|||||||||||||||||
(i) Mangsa gempa bumi di Sabah telah
berjaya dibawa turun oleh pihak Bomba dan Penyelamat.
(ii) Selepas waktu rehat perlu kami dengar
ceramah motivasi itu.
@
Ceramah motivasi itu perlu kami dengar
selepas waktu rehat.
(iii) Pingat emas dalam acara boling telah
berjaya dirangkul oleh atlet Sukan SEA itu.
|
|||||||||||||||||
c)
|
Dalam
ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu.. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
|
||||||||||||||||
i.
|
Kementerian
Pendidikan Malaysia mewajibkan semua murid mengambil insuran sebagai
pelindungan diri ketika terlibat dalam aktiviti kokurikulum.
|
||||||||||||||||
ii.
|
John berhasrat
memperdalami kehidupan masyarakat Malaysia yang unik dan
beranika budaya.
|
||||||||||||||||
iii.
|
Sahsiah dan peri
laku rakyat yang baik dijadikan nama negara dipandang tinggi
di
persada dunia.
|
||||||||||||||||
[6 markah]
Jawapan
Insuran – insurans pelindungan -
perlindungan
Beranika -
beraneka memperdalami - memperdalam
Peri
laku - perilaku dijadikan -
menjadikan
|
|||||||||||||||||
d)
|
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan bahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
|
||||||||||||||||
i.
|
Sejak dari dahulu
lagi, kawasan tanah tinggi itu akan diperhati oleh pihak berkuasa untuk memastikan
tidak berlaku tanah runtuh.
|
||||||||||||||||
ii.
|
Projek perumahan
untuk rakyat termiskin sekali itu menelan duit sebanyak RM 1
bilion.
|
||||||||||||||||
iii.
|
Persepakatan dalam
masyarakat dapat dijana sekiranya masyarakat saling hormat-
menghormati
tanpa mengira bangsa dan agama.
|
||||||||||||||||
[6 markah]
|
|||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||
e)
|
Lengkapkan
peribahasa berikut.
|
||||||||||||||||
i.
|
Di mana
bumi dipijak, ___________________________________________.
|
||||||||||||||||
ii.
|
Malu
berkayuh perahu hanyut, ____________________________________.
|
||||||||||||||||
iii.
|
Ular
menyusur akar ______________________________________________.
|
||||||||||||||||
[6 markah]
|
|||||||||||||||||
(i) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
(ii) Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
(iii) Ular menyusur akar tidak akan / takkan hilang bisanya
|
Subscribe to:
Posts (Atom)