NILAI DAN PENGAJARAN Kapten Hassan Wira Bangsa
Berdasarkan novel Kapten Hassan Wira Bangsa, huraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
CONTOH JAWAPAN CEMERLANG
Novel yang saya kaji ialah Kapten Hassan Wira Bangsa.
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah cinta akan tanah air. (1 Markah) Contohnya, Hassan menyertai perkhidmatan tentera kerana ingin membela nasib bangsa Melayu dan tanah air daripada terus dijajah oleh bangsa asing dan pengganas komunis. (1 Markah)
Selain itu, nilai tanggungjawab juga terdapat dalam novel ini. (1 Markah) Misalnya, Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Askar Wataniah diberi tugas mempertahankan negara. Pasukan-pasukan keselamatan lain seperti polis turut bertanggungjawab mempertahankan negara. Pasukan keselamatan membuat gerakan di hutan untuk menghapuskan pengganas komunis. (1 Markah)
Pengajaran yang terdapat dalam novel ini pula ialah kita mestilah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh. (1 Markah) Sebagai contohnya, Kapten Hassan memperlihatkan keberaniannya ketika dalam pasukan keselamatan. Beliau berjaya membunuh ramai pengganas komunis. (1 Markah)
Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah taat pada agama. (1 Markah) Misalnya, Hassan amat taat pada suruhan dan perintah agama. Beliau tidak pernah goyah walaupun telah digoda Ah Kiew dengan pelbagai cara. (1 Markah)
Pesanan Cikgu LKC
[ Kalau soalan tanya nilai sahaja, jawab nilai sahaja. Jangan jawab yang lain
[ Kalau soalan tanya pengajaran sahaja, jawab pengajaran sahaja. Jangan jawab yang lain
A very good Luck from Sir LKC